Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَامَ يوماً في سبيل الله؛ بَعَّدَ الله وجْهَهُ عن النارِ مئةً عَامٍ، ركض الفرس الجواد المَضْمَر.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa satu hari (ketika berperang) di jalan Allah, Allah akan menjauhkan wajahnya daripada neraka selama 100 tahun yang mana tempohnya menyamai kelajuan larian kuda perang berlari di lapangan.
Sahabat Perawi
- Abu Umamah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1164, hadis no. 5886. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا التام) غن أبي أمامة رضي الله عنه قال: قال صلى الله عليه وسلم : من صام يوماً في سبيل الله بعد الله وجهه عن النار مئة عام ركض الفرس الجواد المضمر. [طب، عب، الشجري، الضعيفة (6910)]
(Munkar dengan lafaz yang lengkap) Daripada Abu Umamah RA telah berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa satu hari (ketika berperang) di jalan Allah, Allah akan menjauhkan wajahnya daripada neraka selama 100 tahun yang mana tempohnya menyamai kelajuan larian kuda perang berlari di lapangan. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Musannaf ‘Abdul Razak, dan al-Syajri. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.6910]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman