TEKS BAHASA ARAB
قول عمار رضي الله عنه: مَنْ صَامَ يَوْمَ الشَّكِّ فَقَدْ عصى أبا القاسم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Kata-kata Ammar RA: Sesiapa yang berpuasa pada hari syak maka dia telah menderhakai abu al-Qasim.
STATUS
Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 91-92, hadis nombor 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
ذَكَرَهُ ابْنُ طَاهِرٍ فِي تَذْكَرَةِ الْمَوْضُوعَاتِ وَصَاحِبُ الْخُلاصَةِ وَهُوَ مُجَازَفَةٌ فَإِنَّهُ أَخْرَجَهُ أَهْلُ السُّنَنِ وَأَحْمَدُ وَالْبُخَارِيُّ تَعْلِيقًا وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حبان والحاكم.
Riwayat ini disebutkan oleh Ibn Tahir di dalam Tazkirah al-Maudhuat dan disebut juga oleh pengarang kitab al-Khulasah dan ia adalah berlebih-lebihan. Sesungguhnya ia diriwayatkan oleh Ahli Sunan, Ahmad dan al-Bukhari secara mu’allaq (tergantung), manakala al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Hakim menilainya sahih.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.