Sahih

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa pada hari syak maka dia telah menderhakai abu al-Qasim

Teks Bahasa Arab

قول عمار رضي الله عنه: مَنْ صَامَ يَوْمَ الشَّكِّ فَقَدْ عصى أبا القاسم.

Teks Bahasa Melayu

Kata-kata Ammar RA: Sesiapa yang berpuasa pada hari syak maka dia telah menderhakai abu al-Qasim.

Sahabat Perawi

  1. Ammar bin Yasir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Sahih

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 91-92, hadis no. 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذَكَرَهُ ابْنُ طَاهِرٍ فِي تَذْكَرَةِ الْمَوْضُوعَاتِ وَصَاحِبُ الْخُلاصَةِ وَهُوَ مُجَازَفَةٌ فَإِنَّهُ أَخْرَجَهُ أَهْلُ السُّنَنِ وَأَحْمَدُ وَالْبُخَارِيُّ تَعْلِيقًا وَصَحَّحَهُ التِّرْمِذِيُّ وَابْنُ حبان والحاكم.

Riwayat ini disebutkan oleh Ibn Tahir di dalam Tazkirah al-Maudhuat dan disebut juga oleh pengarang kitab al-Khulasah dan ia adalah berlebih-lebihan. Sesungguhnya ia diriwayatkan oleh Ahli Sunan, Ahmad dan al-Bukhari secara mu’allaq (tergantung), manakala al-Tirmizi, Ibn Hibban dan al-Hakim menilainya sahih.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.