Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian dia bersedekah pada hari Jumaat dengan hartanya, sedikit mahupun banyak

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوم الأربعاء ويوم الخميس ويوم الجمعة ثم تصدق يوم الجمعة بما قل من ماله أو كثر غفر له كل ذنب عمله حتى يصير كيوم ولدته أمه من الخطايا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian dia bersedekah pada hari Jumaat dengan hartanya, sedikit mahupun banyak; nescaya akan diampunkan dosa-dosanya sehingga dia akan menjadi seperti hari ibunya melahirkannya, suci daripada dosa.

STATUS

Sangat Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis nombor 5820. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من صام يوم الأربعاء ويوم الخميس ويوم الجمعة ثم تصدق يوم الجمعة بما قل من ماله أو كثر غفر له كل ذنب عمله حتى يصير كيوم ولدته أمه من الخطايا. [طب، الضعيفة (5088)]

(Sangat Lemah)Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, kemudian dia bersedekah pada hari Jumaat dengan hartanya, sedikit mahupun banyak; nescaya akan diampunkan dosa-dosanya sehingga dia akan menjadi seperti hari ibunya melahirkannya, suci daripada dosa. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5088]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.