Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu dan Khamis, tercatat baginya kebebasan daripada neraka

Teks Bahasa Arab

مَنْ صَامَ الأربعاءَ والخميسَ؛ كُتِبَتْ له براءةٌ من النارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu dan Khamis, tercatat baginya kebebasan daripada neraka.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1150, hadis no. 5815. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس رضي الله عنهما مرفوعا: من صام الأربعاء والخميس كتبت له براءة من النار. [ع، الضعيفة (5021)]

(Lemah) Daripada Ibn ‘Abbas RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu dan Khamis, tercatat baginya kebebasan daripada neraka. [Riwayat Musnad Abi Ya’la. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5021]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.