Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام يوم عاشوراء أعطي ثواب عشرة آلاف ملك.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura, diberikan pahala seumpama 10000 malaikat.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذكره في اللآلىء مطولا عن ابن عباس مرفوعا وهو موضوع.

Al-Suyuthi menyatakan dalam kitabnya al-La’ali dengan panjang lebar daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon