Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan menulis baginya pahala ibadah selama 60 tahun

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة بصيامها وقيامها ومن صام يوم عاشوراء أعطي ثواب عشرة آلاف ملك ومن صام يوم عاشوراء أعطي ثواب عشرة آلاف شهيد ومن صام يوم عاشوراء كتب الله له أجر سبع سماوات ومن أفطر عنده مؤمن في يوم عاشوراء فكأنما أطعم جميع فقراء أمة محمد وأشبع بطونهم ومن مسح على رأس يتيم رفعت له بكل شعرة على رأسه درجة في الجنة فقال عمر يا رسول الله لقد فضل الله يوم عاشوراء قال نعم خلق الله السماوات يوم عاشوراء والأرض كمثله وخلق القلم يوم عاشوراء واللوح مثله وخلق جبريل يوم عاشوراء وملائكته يوم عاشوراء وخلق آدم يوم عاشوراء وغفر ذنب داود يوم عاشوراء وأعطى سليمان يوم عاشوراء وولد النبي يوم عاشوراء واستوى الرب على العرش يوم عاشوراء ويوم القيامة يوم عاشوراء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan menulis baginya pahala ibadah selama 60 tahun dengan berpuasa padanya serta berqiyamnya. Dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan memberikan pahala 10 000 malaikat, dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan memberikan pahala 10 000 orang yang syahid, dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan menulis baginya pahala tujuh tingkatan langit, dan sesiapa yang berbuka bersamanya seorang mukmin pada hari Asyura, seakan-akan dia telah memberi makan seluruh orang fakir daripada kalangan umat Muhammad dan dia telah mengenyangkan perut-perut mereka, dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim, akan diangkat baginya setiap helaian rambut yang berada di atas kepalanya dengan satu darjat di syurga. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan hari Asyura, Nabi menjawab: Ya, Allah SWT telah mencipta langit-langit pada hari Asyura dan juga bumi sama sepertinya. Allah juga mencipta al-Qalam (pena) pada hari Asyura serta al-Lauh sama sepertinya. Allah juga mencipta Jibril pada hari Asyura dan malaikat-malaikatnya pada hari Asyura, Allah juga mencipta Adam pada hari Asyura, dan Allah telah mengampunkan Nabi Daud pada hari Asyura, dan Allah memberi Sulaiman pada hari Asyura, dan telah lahir Nabi Muhammad SAW pada hari Asyura, dan Allah beristiwa di atas Arasy pada hari Asyura serta hari kiamat pada hari Asyura.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 94-95. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عِبَادَةَ سِتِّينَ سَنَةً بِصِيَامِهَا وَقِيَامِهَا وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أُعْطِيَ ثَوَابَ عَشَرَةَ آلافِ مَلَكٍ وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أُعْطِيَ ثَوَابَ عَشَرَةَ آلافِ شَهِيدٍ وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ سَبْعِ سَمَاوَاتٍ وَمَنْ أفطر عِنْده مُؤمن فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَكَأَنَّمَا أَطْعَمَ جَمِيعَ فُقَرَاءِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ وَأَشْبَعَ بُطُونَهُمْ وَمَنْ مَسَحَ عَلَى رَأْسِ يَتِيمٍ رُفِعَتْ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ عَلَى رَأْسِهِ دَرَجَةً فِي الْجَنَّةِ فَقَالَ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ فَضَّلَ اللَّهُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ قَالَ نَعَمْ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَالأَرْضَ كَمِثْلِهِ وَخَلَقَ الْقَلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَاللَّوْحِ مِثْلِهِ وَخَلَقَ جِبْرِيلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَمَلائِكَتَهُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَلَقَ آدَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَغَفَرَ ذَنْبَ دَاوُدَ يَوْمَ عَاشُورَاء وَأعْطى سُلَيْمَانَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَوُلِدَ النَّبِيُّ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَاسْتَوَى الرَّبُّ عَلَى الْعَرْشِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أَخْرَجَهُ ابْنُ الْجَوْزِيِّ بِسَنَدٍ فِيهِ حَبِيبُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ وَقَالَ مَوْضُوعٌ آفَتُهُ حَبِيبٌ انْتهى وَأقرهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيّ وَابْن عِرَاقٍ وَالْحَافِظُ ابْنُ حَجَرٍ وَغَيْرُهُمْ وَفِي مِيزَانِ الاعْتِدَالِ لِلذَّهَبِيِّ حَبِيبُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ الْخَرْطَطِيُّ الْمَرْوَزِيُّ عَنْ إِبْرَاهِيمَ الصَّائِغِ وَغَيْرُهُ كَانَ يَضَعُ الْحَدِيثَ قَالَهُ ابْنُ حِبَّانَ وَغَيره روى مُحَمَّد ابْن قَهْزَادٍ عَنْ حَبِيبٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ مَيْمُونٍ عَنْ مِهْرَانَ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ مَرْفُوعًا مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عِبَادَةَ سَبْعِينَ سَنَةً وَأَعْطَى ثَوَابَ عَشَرَةَ آلافِ مَلَكٍ وَثَوَابَ سَبْعِ سَمَاوَاتٍ وَمَنْ أَفْطَرَ عِنْدَهُ مُؤْمِنٌ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَكَأَنَّمَا أَفْطَرَ عِنْدَهُ جَمِيعُ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ وَمَنْ أَشْبَعَ جَائِعًا فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَكَأَنَّمَا أَطْعَمَ جَمِيعَ فُقَرَاءِ الأُمَّةِ وَمَنْ مَسَحَ رَأْسَ يَتِيمٍ يَوْمَ عَاشُورَاءَ رُفِعَتْ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ دَرَجَةٌ فِي الْجَنَّةِ وَذَكَرَ حَدِيثًا طَوِيلا مَوْضُوعًا وَفِيهِ أَنَّ اللَّهَ خَلَقَ الْعَرْشَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَالْكُرْسِيَّ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَالْقَلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَلَقَ الْجَنَّةَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَأَسْكَنَ آدَمَ الْجَنَّةَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ إِلَى أَنْ قَالَ وَولد النَّبِي يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَاسْتَوَى اللَّهُ عَلَى الْعَرْشِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ فَانْظُرْ إِلَى هَذَا الإِفْكِ انْتَهَى. قلت الَّذِي ثَبت بالأحاديث الصَّحِيحَة المروية فِي الصِّحَاح السِّتَّة وَغَيرهَا أَن الله تَعَالَى نجى مُوسَى على نَبينَا وَعَلِيهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام من يَد فِرْعَوْن وَجُنُوده وغرق فِرْعَوْن وَمن مَعَه يَوْم عَاشُورَاء وَمن ثُمَّ كَانَت الْيَهُود يَصُومُونَ يَوْم عَاشُورَاء ويتخذونه عيدا وَقد صَامَ النَّبِي حِين دخل الْمَدِينَة وَرَأى الْيَهُود يصومونه وَأمر أَصْحَابه بصيامه وَقَالَ نَحن أَحَق بمُوسَى مِنْكُم وَنهى عَن اتِّخَاذه عيدا وَأمر بِصَوْم يَوْم قبله أَو بعده حذرا من مُوَافقَة الْيَهُود والتشبه بهم فِي إِفْرَاد صَوْم عَاشُورَاء وَثَبت بروايات أخر فِي لطائف المعارف لِابْنِ رَجَب وَغَيره أَن الله قبل تَوْبَة آدم على نَبينَا وَعَلِيهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام وَثَبت بِرِوَايَة أُخْرَى أَن نوحًا على نَبينَا وَعَلِيهِ الصَّلَاة وَالسَّلَام اسْتَوَت سفينته على الجودي يَوْم عَاشُورَاء كَمَا فِي الدّرّ المنثور وَغَيره معزوا إِلَى أَحْمد وَأبي الشَّيْخ وَابْن مرْدَوَيْه وَابْن جرير والأصبهاني وَغَيرهم وَفِي رِوَايَة للأصبهاني فِي كتاب التَّرْغِيب والترهيب أَن يَوْم ولادَة عِيسَى يَوْم عَاشُورَاء كَمَا فِي الدّرّ المنثور أَيْضا وَأما هَذِه الْأَحَادِيث الطوَال الَّتِي ذكر فِيهَا كثير من الوقائع الْعَظِيمَة الْمَاضِيَة والمستقبلة أَنَّهَا فِي يَوْم عَاشُورَاء فَلَا أصل لَهَا وَإِن ذكرهَا كثير من أَرْبَاب السلوك والتاريخ فِي تواليفهم وَمِنْهُم الْفَقِيه أَبُو اللَّيْث ذكر فِي تَنْبِيه الغافلين حَدِيثا طَويلا فِي ذَلِكَ وَكَذَا ذكر فِي بستانه فَلَا تغتر بِذكر هَؤُلَاءِ فَإِن الْعبْرَة فِي هَذَا الْبَاب لنقد الرِّجَال لَا لمُجَرّد ذكر الرِّجَال وَمِنْهَا.

مَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ عِبَادَةَ سِتِّينَ سَنَةً بِصِيَامِهَا وَقِيَامِهَا وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أُعْطِيَ ثَوَابَ عَشَرَةَ آلافِ مَلَكٍ وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ أُعْطِيَ ثَوَابَ عَشَرَةَ آلافِ شَهِيدٍ وَمَنْ صَامَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ كَتَبَ اللَّهُ لَهُ أَجْرَ سَبْعِ سَمَاوَاتٍ وَمَنْ أفطر عِنْده مُؤمن فِي يَوْمِ عَاشُورَاءَ فَكَأَنَّمَا أَطْعَمَ جَمِيعَ فُقَرَاءِ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ وَأَشْبَعَ بُطُونَهُمْ وَمَنْ مَسَحَ عَلَى رَأْسِ يَتِيمٍ رُفِعَتْ لَهُ بِكُلِّ شَعْرَةٍ عَلَى رَأْسِهِ دَرَجَةً فِي الْجَنَّةِ فَقَالَ عُمَرُ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَقَدْ فَضَّلَ اللَّهُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ قَالَ نَعَمْ خَلَقَ اللَّهُ السَّمَاوَاتِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَالأَرْضَ كَمِثْلِهِ وَخَلَقَ الْقَلَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَاللَّوْحِ مِثْلِهِ وَخَلَقَ جِبْرِيلَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَمَلائِكَتَهُ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَخَلَقَ آدَمَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَغَفَرَ ذَنْبَ دَاوُدَ يَوْمَ عَاشُورَاء وَأعْطى سُلَيْمَانَ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَوُلِدَ النَّبِيُّ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَاسْتَوَى الرَّبُّ عَلَى الْعَرْشِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ وَيَوْمَ الْقِيَامَةِ يَوْمَ عَاشُورَاءَ.
Di antaranya hadis Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan menulis baginya pahala ibadah selama 60 tahun dengan berpuasa padanya serta berqiyamnya. Dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan memberikan pahala 10 000 malaikat, dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan memberikan pahala 10 000 orang yang syahid, dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan menulis baginya pahala tujuh tingkatan langit, dan sesiapa yang berbuka bersamanya seorang mukmin pada hari Asyura, seakan-akan dia telah memberi makan seluruh orang fakir daripada kalangan umat Muhammad dan dia telah mengenyangkan perut-perut mereka, dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim, akan diangkat baginya setiap helaian rambut yang berada di atas kepalanya dengan satu darjat di syurga. Umar berkata: Wahai Rasulullah! Sesungguhnya Allah SWT telah memuliakan hari Asyura, Nabi menjawab: Ya, Allah SWT telah mencipta langit-langit pada hari Asyura dan juga bumi sama sepertinya. Allah juga mencipta al-Qalam (pena) pada hari Asyura serta al-Lauh sama sepertinya. Allah juga mencipta Jibril pada hari Asyura dan malaikat-malaikatnya pada hari Asyura, Allah juga mencipta Adam pada hari Asyura, dan Allah telah mengampunkan Nabi Daud pada hari Asyura, dan Allah memberi Sulaiman pada hari Asyura, dan telah lahir Nabi Muhammad SAW pada hari Asyura, dan Allah beristiwa di atas Arasy pada hari Asyura serta hari kiamat pada hari Asyura.
Hadis ini telah dikeluarkan oleh Ibn al-Jauzi dengan sanad yang ada padanya Habib bin Abi Habib dan dia berkata ini ialah hadis yang palsu kerana ia telah dirosakkan oleh Habib. Selesai. Hal ini juga dipersetujui oleh al-Suyuthi, Ibn ‘Iraq, al-Hafiz Ibn Hajar, dan selain daripada mereka. Di dalam Mizan al-I’tidal oleh al-Zahabi, Habib bin Abi Habib al-Khartoti al-Marwazi daripada Ibrahim al-Saigh dan selain daripadanya, beliau telah memalsukan hadis seperti mana yang dikatakan oleh Ibn Hibban dan selain daripadanya, Muhammad Ibn Qahzad meriwayatkan daripada Habib daripada Ibrahim daripada Maimun daripada Mihran daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah akan menulis baginya pahala ibadah selama 70 tahun. Dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan memberikan pahala 10 000 malaikat, dan sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura, Allah SWT akan menulis baginya pahala tujuh tingkatan langit, dan sesiapa yang berbuka bersamanya seorang mukmin pada hari Asyura, seakan-akan dia telah memberi makan kepada seluruh umat Muhammad, dan sesiapa yang mengenyangkan orang yang lapar pada hari Asyura, seakan-akan dia telah memberi makan seluruh orang yang fakir daripada umat ini, dan sesiapa yang mengusap kepala anak yatim pada hari Asyura, akan diangkat baginya setiap helaian rambut yang berada di atas kepalanya dengan satu darjat di syurga. Dan beliau menyebut hadis ini secara panjang tetapi ia adalah hadis yang palsu. Padanya juga Allah menciptakan Arasy dan al-Kursiy dan al-Qalam dan syurga dan Allah meletakkan nabi Adam di dalam syurga sehingga dikatakan lahirnya Muhammad SAW pada hari Asyura, dan Allah beristiwa di atas Arasy pada hari Asyura dan hari kiamat pada hari Asyura. Maka lihatlah terhadap pendustaan ini. Selesai.
Aku berkata: Apa yang sabit daripada hadis-hadis yang sahih seperti mana yang diriwayatkan daripada kutub sittah yang sahih dan selain daripadanya bahawa Allah SWT telah menyelamatkan Musa AS ke atas Nabi kita AS daripada tangan Firaun dan tenteranya. Dan Allah menenggelamkan Firaun dan orang-orang yang bersama dengannya pada hari Asyura. Pada hari tersebut juga, orang Yahudi berpuasa serta menganggap hari Asyura sebagai satu perayaan. Justeru, Nabi SAW berpuasa padanya apabila baginda masuk ke Madinah dan melihat orang Yahudi berpuasa padanya lalu baginda mengarahkan para sahabat untuk berpuasa padanya. Nabi bersabda: Kami lebih berhak dengan Musa berbanding kamu. Dan Nabi melarang untuk menjadikannya sebagai satu perayaan, dan Nabi memerintahkan agar berpuasa satu hari sebelumnya atau satu hari selepas daripadanya kerana tidak mahu menyamai perbuatan Yahudi yang mana mereka hanya berpuasa pada hari ‘Asyura’ sahaja. Telah sabit dengan riwayat-riwayat yang lain di dalam Lataif al-Ma’arif oleh Ibn Rejab dan selain daripadanya bahawa Allah menerima taubat Adam ke atas Nabi kita dan sabit riwayat yang lain bahawa Nuh ke atas nabi kita telah menaiki kapalnya di atas bukit al-Judi pada hari Asyura, seperti mana di dalam al-Dur al-Manthur dan selain daripadanya yang disandarkan kepada Ahmad dan Abi al-Shaikh dan Ibn Mardawaih dan Ibn Jarir dan al-Asbahani dan selain daripada mereka. Di dalam riwayat oleh al-Asbahani di dalam kitab al-Targhib wa al-tarhib sesungguhnya hari kelahiran Isa pada hari Asyura seperti mana di dalam al-Dur al-Manthur juga. Adapun hadis-hadis yang panjang yang disebutkan padanya banyak berlaku peristiwa-peristiwa yang besar yang telah lalu dan akan datang yang berlaku pada hari Asyura. Hal ini tidak ada asal padanya walaupun ia disebut oleh ramai daripada kalangan ulama-ulama suluk dan sejarah di dalam penulisan-penulisan mereka antaranya adalah al-Faqih Abu al-Laith telah menyebutnya dalam kitab Tanbih al-Ghafilin satu hadis yang panjang menceritakan tentangnya. Dan juga disebutkan di dalam kitab al-Bustan dan jangan terperdaya dengan sebutan mereka (terhadap kisah ini). Yang diambil kira dalam bab ini adalah kritikan terhadap perawi-perawi dan bukan hanya sekadar menyebut perawi-perawi semata-mata.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.