Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura

TEKS BAHASA ARAB

من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada hari Asyura maka Allah akan menulis untuknya pahala ibadah selama 60 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (m. 751H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf, di halaman 47, hadis nombor 44. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

 ومن ذلك حديث من صام يوم عاشوراء كتب الله له عبادة ستين سنة وهذا باطل يرويه حبيب بن أبي حبيب عن إبراهيم الصائغ عن ميمون بن مهران عن ابن عباس وحبيب كان يضع الأحاديث.

Termasuk contoh hadis palsu ialah hadis, “Sesiapa berpuasa Asyura maka Allah akan menulis untuknya pahala ibadah selama 60 tahun.” Hadis ini batil. Diriwayatkan oleh Habib bin Ali Habib daripada Ibrahim al-Sa’igh daripada Maimun bin Mihran daripada Ibnu Abbas. Dan Habib seorang yang memalsukan hadis-hadis.

RUJUKAN

Ibn Qayyim al-Jawziyyah. (1970). Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘īf (Abd al-Fattah Abu Ghuddah, Ed.). Maktabah al-Matbu’at al-Islamiyyah.

Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. (2015). Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu (Solehah Abu Bakar, Ed.). Kemilau Publika.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang hamba Allah dan ditambahbaik melalui tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs