Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura

Teks Bahasa Arab

حديث: من صام يوم عاشوراء أعطي ثواب عشرة آلاف ملك.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berpuasa pada hari ‘Asyura, diberikan pahala seumpama 10000 malaikat.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis no. 33. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ذكره في اللآلىء مطولا عن ابن عباس مرفوعا وهو موضوع.

Al-Suyuthi menyatakan dalam kitabnya al-La’ali dengan panjang lebar daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.