Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan dituruti dengan puasa enam hari di bulan Syawal

TEKS BAHASA ARAB

من صام رمضان وأتبعه ستاً من شوال خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan dituruti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia akan suci daripada dosa seperti hari pertama dia dilahirkan oleh ibunya.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis nombor 5818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من صام رمضان وأتبعه ستاً من شوال خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. [طس، الضعيفة (5190)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan dituruti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia akan suci daripada dosa seperti hari pertama dia dilahirkan oleh ibunya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5190]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs