Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ، وأَتْبَعَهُ ستاً مِن شَوالٍ؛ خَرَجَ مِنْ ذُنُوبِه كيَوْمَ وَلَدَتْهُ أُمُّهُ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan dituruti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia akan suci daripada dosa seperti hari pertama dia dilahirkan oleh ibunya.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Umar RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis no. 5818. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عمر رضي الله عنهما مرفوعا: من صام رمضان وأتبعه ستاً من شوال خرج من ذنوبه كيوم ولدته أمه. [طس، الضعيفة (5190)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Umar RA secara marfu’(disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan dan dituruti dengan puasa enam hari di bulan Syawal, maka dia akan suci daripada dosa seperti hari pertama dia dilahirkan oleh ibunya. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no.5190]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman