Sesiapa yang berpuasa pada akhir hari dari bulan Zulhijjah dan awal bulan Muharram

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام آخر يوم من ذي الحجة وأول يوم من المحرم: فقد ختم السنة الماضية وافتتح السنة المستقبلة بصوم جعله الله كفارة خمسين سنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa pada akhir hari dari bulan Zulhijjah dan berpuasa hari pertama bulan Muharram, maka sesungguhnya dia telah menutup tahun lepas dan membuka tahun yang akan datang dengan berpuasa. Allah menjadikannya penghapus dosa (kaffarah) selama 50 tahun.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ماجه عن ابن عباس مرفوعا وفيه كذابان.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta.

RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.