Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpuasa pada akhir hari dari bulan Zulhijjah dan awal bulan Muharram

Teks Bahasa Arab

حديث: من صام آخر يوم من ذي الحجة وأول يوم من المحرم: فقد ختم السنة الماضية وافتتح السنة المستقبلة بصوم جعله الله كفارة خمسين سنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berpuasa pada akhir hari dari bulan Zulhijjah dan berpuasa hari pertama bulan Muharram, maka sesungguhnya dia telah menutup tahun lepas dan membuka tahun yang akan datang dengan berpuasa. Allah menjadikannya penghapus dosa (kaffarah) selama 50 tahun.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis no. 31. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن ماجه عن ابن عباس مرفوعا وفيه كذابان.

Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Abbas secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) dan pada sanadnya terdapat dua perawi pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.