Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ صَامَ ستةَ أيامٍ بعد الفطر متتابعةً فكأنما صَامَ السَّنَةَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa enam hari selepas hari raya Aidilfitri secara berturut-turut, maka seakan-akan dia berpuasa selama setahun.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1151, hadis no. 5819. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر بهذا اللفظ) عن أبي هريرة رضي الله عنه مرفوعا: من صام ستة أيام بعد الفطر متتابعةً فكأنما صام السنة. [طس، الضعيفة (5189)]
(Munkar dengan lafaz ini) Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpuasa enam hari selepas hari raya Aidilfitri secara berturut-turut, maka seakan-akan dia berpuasa selama setahun. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 5189].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman