Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, Syawal, hari Rabu

TEKS BAHASA ARAB

من صام رمضان وشوالاً والأربعاء والخميس والجمعة دخل الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, Syawal, hari Rabu, Khamis, dan Jumaat, dia akan masuk syurga.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis nombor 5789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)عن عكرمة بن خالد قال: حدثني عريف من عرفاء قريش: حدثني أبي أنه سمع من فَلْقِ في رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان وشوالاً والأربعاء والخميس والجمعة دخل الجنة)). [حم، الضعيفة (4612)]

(Lemah) Daripada Ikrimah bin Khalid al-Makhzumi, telah berkata: Seorang ilmuwan daripada ilmuwan-ilmuwan Quraisy yang mengetahui daripada bapanya, menceritakan kepadaku (Ikrimah), bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, Syawal, hari Rabu, Khamis, dan Jumaat, dia akan masuk syurga. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4612]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs