Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من صام رمضان وشوالاً والأربعاء والخميس والجمعة دخل الجنة.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, Syawal, hari Rabu, Khamis, dan Jumaat, dia akan masuk syurga.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1145, hadis no. 5789. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف)عن عكرمة بن خالد قال: حدثني عريف من عرفاء قريش: حدثني أبي أنه سمع من فَلْقِ في رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: من صام رمضان وشوالاً والأربعاء والخميس والجمعة دخل الجنة. [حم، الضعيفة (4612)]
(Lemah) Daripada Ikrimah bin Khalid al-Makhzumi, telah berkata: Seorang ilmuwan daripada ilmuwan-ilmuwan Quraisy yang mengetahui daripada bapanya, menceritakan kepaaku (Ikrimah), bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadan, Syawal, hari Rabu, Khamis, dan Jumaat, dia akan masuk syurga. [Riwayat Musnad Aḥmad bin Ḥanbal. Lihat Silsilah al-Da‘ifah, no. 4612]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman