Sesiapa yang berpuasa beberapa hari pada waktu haji

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من صام الأيام في الحج، ولم يجد هديا إذا استمتع؛ فهو ما بين إحرام أحدكم إلى يوم عرفة؛ فهو آخرهن.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpuasa beberapa hari pada waktu haji, dan tidak menjumpai binatang sembelihan jika melakukan haji tamattu’, maka ia (puasa) adalah di antara ihram salah seorang daripada kamu sehingga hari Arafah. Ia adalah hari akhirnya (berpuasa).

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 752, hadis nombor 3850. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عائشة -رضي الله عنها- أن النبي ﷺ قال: «من صام الأيام في الحج، ولم يجد هديا إذا استمتع؛ فهو ما بين إحرام أحدكم إلى يوم عرفة؛ فهو آخرهن».
[طب، «الضعيفة» (5075)].

(Munkar)
Daripada Aisyah RA bahawa Nabi SAW bersabda: Sesiapa yang berpuasa beberapa hari pada waktu haji, dan tidak menjumpai binatang sembelihan jika melakukan haji tamattu’, maka ia (puasa) adalah di antara ihram salah seorang daripada kamu sehingga hari Arafah. Ia adalah hari akhirnya (berpuasa).
[Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Kabir. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 5075].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.