Sesiapa yang berpuasa 10 Muharram

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صام العشر من محرم بنى الله له قبة من زمرد ميلا في ميل، لها أربعة أبواب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang berpuasa 10 Muharram, Allah akan membina untuknya kubah daripada Zamrud seluas satu mil lebar dan panjangnya yang mempunyai empat pintu.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 184, hadis nombor 575. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

ما وجدت له أصلا، وعلامة الوضع ظاهرة عليه.

Aku tidak menjumpai asalnya, tanda-tanda kepalsuan jelas padanya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs