TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صام العشر فله بكل يوم صوم شهر وله بصوم يوم التروية سنة وله بصوم يوم عرفة سنتان.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang berpuasa 10 hari awal Zulhijjah maka setiap harinya bersamaan berpuasa selama sebulan. Jika dia berpuasa pada hari Tarwiyah maka baginya pahala setahun. Jika dia berpuasa pada hari Arafah maka baginya pahala dua tahun.
STATUS
Tidak Sahih
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 96, hadis nombor 30. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رواه ابن عدي عن عائشة مرفوعا ولا يصح وفي إسناده: الكلبي كذاب وأخرجه أبو الشيخ في الثواب. ورواه ابن النجار في تاريخه من حديث جابر.
Ibn Adi meriwayatkan daripada Aisyah RA, secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi) akan tetapi hadith ini tidak sahih. Pada sanadnya terdapat perawi bernama al-Kalbi seorang pendusta, Abu Syeikh meriwayatkan di dalam kitabnya al-Thawab. Ibn Najjar meriwayatkan di dalam kitab tarikhnya daripada hadith Jabir.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.