Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpisah dengan jemaah, maka dia berada dalam neraka dalam keadaan mukanya ke tanah

Teks Bahasa Arab

مَن فارقَ الجماعَةَ؛ فَهوَ في النَّارِ على وَجهِهِ؛ لأنَّ اللَّهَ عزَّ وجلَّ يقولُ: {أَمَّنْ يُجِيبُ الْمُضْطَرَّ إِذَا دَعَاهُ ويَكْشِفُ السُّوءَ ويَجْعَلُكُمْ خُلَفَاءَ الْأَرْضِ}؛ فالخلافةُ منَ اللَّهِ، فإن كانَ خيرًا؛ فَهوَ يذهبُ بِهِ، وإن كانَ شرًّا؛ فَهوَ يؤخذُ بِهِ، علَيكَ أنتَ بالطَّاعةِ فيما أمرَكَ اللَّهُ تعالى بِهِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berpisah dengan jemaah, maka dia berada dalam neraka dalam keadaan mukanya ke tanah. Sesungguhnya Allah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi}. Khilafah adalah daripada Allah, jika ia baik, maka ia akan terus begitu. Jika ia tidak baik, maka ia akan diambil. Hendaklah kamu taat dengan apa yang Allah perintahkan kamu dengannya.

Sahabat Perawi

  1. Saad bin Junadah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 848, hadis no. 4349. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن سعد بن جنادة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من فارق الجماعة؛ فهو في النار على وجهه؛ لأن الله عز وجل يقول: {أمن يجيب المضطر إذا دعاه ويكشف السوء ويجعلكم خلفاء الأرض}؛ فالخلافة من الله، فإن كان خيرا؛ فهو يذهب به، وإن كان شرا؛ فهو يؤخذ به، عليك أنت بالطاعة فيما أمرك الله تعالى به)). [طب، ((الضعيفة)) (5886)]

(Munkar) Daripada Sa’ad bin Junādah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpisah dengan jemaah, maka dia berada dalam neraka dalam keadaan mukanya ke tanah. Sesungguhnya Allah berfirman: {Atau siapakah yang memperkenankan doa orang yang menderita apabila dia berdoa kepada-Nya, dan yang menghapuskan kesusahan, serta menjadikan kamu pengganti (umat-umat yang telah lalu) mendiami dan menguasai bumi}. Khilafah adalah daripada Allah, jika ia baik, maka ia akan terus begitu. Jika ia tidak baik, maka ia akan diambil. Hendaklah kamu taat dengan apa yang Allah perintahkan kamu dengannya. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5886]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.