Sesiapa yang berpisah dengan dunia (mati) dalam keadaan mabuk,

TEKS BAHASA ARAB

 مَنْ فَارَقَ الدُّنْيَا وَهُوَ سَكْرَانُ دَخَلَ الْقَبْرَ سَكْرَانَ وَبُعِثَ مِنْ قَبْرِهِ سَكْرَانَ

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpisah dengan dunia (mati) dalam keadaan mabuk, dia akan masuk kubur dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Seperti yang dinukilkan dalam terjemahan Kitab Al-Manar Al-Munif, kata Ibn Qayyim Al-Jawziyyah رحمه الله:

Antara ciri lain bagi hadis palsu ialah lafaznya sangat lemah dan menggelikan. Ia menggelikan orang yang mendengarnya serta maknanya menggelikan orang-orang yang bijak.
Antara hadisnya: …

… Selain itu, hadis tentang mabuk:
مَنْ فَارَقَ الدُّنْيَا وَهُوَ سَكْرَانُ دَخَلَ الْقَبْرَ سَكْرَانَ وَبُعِثَ مِنْ قَبْرِهِ سَكْرَانَ
“Sesiapa yang berpisah dengan dunia (mati) dalam keadaan mabuk, dia akan masuk kubur dalam keadaan mabuk dan dibangkitkan dalam keadaan mabuk.”
—————————————————————-
Kata Pentakhrij Buku Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu, Cetakan Kemilau Publika:

Direkodkan oleh Ibnu ‘Adi di dalam al-Kamil (1/212) dan Ibnu Jauzi di dalam al-Maudhu’at (3/209). Ibnu Jauzi mengulas tentang hadis ini sebagai hadis batil. Rujuk: al-Lali’ al-Masnu’ah (2/205) dan Tanzih asy-Syariat (2/222).

RUJUKAN

  1. Ibn Qayyim Al-Jawziyyah. Al-Manār Al-Munīf Fī Al-Ṣaḥīḥ Wal-Ḍa‘Īf. Ditahqiq oleh ‘Abd Al-Fattāḥ Abu Ghuddah. Ḥalab: Maktabah Al-Maṭbū‘ah Al-Islāmiyyah, 1970.
  2. Ibnu Qayyim Al-Jauziyah. Kenali Hadis Sahih Dhoif Palsu. Disunting oleh Solehah Abu Bakar. Selangor: Kemilau Publika, 2015.
 MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan seorang penaja yang menaja Projek Al-Manar Al-Munif yang dijalankan oleh Semakhadis.com. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan buat penaja tersebut dan warga tim semakhadis.com. Aamiin! Mohon maklumkan kepada admin@semakhadis.com sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

beacon