Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpetang-petang dalam keadaan keletihan kerana pekerjaan

Teks Bahasa Arab

مَن أمسى كالًّا من عملِ يديهِ أمسى مغفورًا له.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berpetang-petang dalam keadaan keletihan kerana pekerjaan yang dilakukan dengan tangannya maka dia akan berpetang-petang dalam keadaan diampunkan dosanya oleh Allah.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 607, hadis no. 3149. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن ابن عباس - رضي الله عنهما -، قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: ((من أمسى كالا من عمل ‌يديه ‌أمسى مغفورا له)). [طس، ((الضعيفة)) (2626)].

(Lemah) Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: ((Sesiapa yang berpetang-petang dalam keadaan keletihan kerana pekerjaan yang dilakukan dengan tangannya maka dia akan berpetang-petang dalam keadaan diampunkan dosanya oleh Allah.)) [Riwayat al-Tabarani dalam Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2626].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.