Sesiapa yang berperang di jalan Allah SWT, maka dia telah menunaikan segala ketaatan kepada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من غزا غزوة في سبيل الله عز وجل فقد أدّى إلى الله عز وجل جميع طاعته فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berperang di jalan Allah SWT, maka dia telah menunaikan segala ketaatan kepada Allah. Firman Allah: "Sesiapa yang mahu maka dia beriman, dan sesiapa yang mahu maka dia kufur."

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1017, hadis nombor 5234. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن أنس بن مالك رضي الله عنه قال، قال رسول الله ﷺ: من غزا غزوة في سبيل الله عز وجل فقد أدّى إلى الله عز وجل جميع طاعته. فمن شاء فليؤمن ومن شاء فليكفر [ابن جامع في معجمه, الضعيفة (5694)]

(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berperang di jalan Allah SWT, maka dia telah menunaikan segala ketaatan kepada Allah. Firman Allah: "Sesiapa yang mahu maka dia beriman, dan sesiapa yang mahu maka dia kufur." [Riwayat Ibn Jami’ dalam Mu’jam beliauLihat Silsilah al-Dha’ifah no. 5694]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs