Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpegang dengan sunnah akan masuk syurga

Teks Bahasa Arab

مَن تَمَسَّكَ بالسُّنَّةِ دخل الجنةَ، قالت عائشةُ: ما السُّنُّةُ؟ قال: حُبُّ أَبِيكَ وصاحِبِه. يعني عُمَرَ.

Teks Bahasa Melayu

"Sesiapa yang berpegang dengan sunnah akan masuk syurga". ‘Aishah RA berkata: “Apakah itu sunnah?” Baginda menjawab: “Cinta kepada bapamu dan sahabatnya" iaitu Umar.

Sahabat Perawi

  1. ‘Aishah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 466, hadis no. 2501.

(ضعيف) عن عائشة - رضي الله عنها - مرفوعا: «من تمسك بالسنة دخل الجنة»، قالت عائشة: وما السنة؟ قال: «حب أبيك وصاحبه». يعني عمر. [ابن الجوزي في «العلل»، ابن عساكر، الرافعي، «الضعيفة» (2727)].

(Lemah) Daripada ‘Aishah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi ﷺ): "Sesiapa yang berpegang dengan sunnah akan masuk syurga". ‘Aishah RA berkata: “Apakah itu sunnah?” Baginda menjawab: “Cinta kepada bapamu dan sahabatnya" iaitu Umar. [Riwayat Ibn al-Jawzī dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq dan al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2727].

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.