TEKS BAHASA ARAB
من تمسك بالسنة دخل الجنة، قالت عائشة: ما السنة؟ قال: حب أبيك وصاحبه. يعني عمر.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berpegang dengan sunah, akan masuk syurga. ‘Āishah RA bertanya: Apakah itu sunah? Baginda menjawab: Cinta akan ayahmu dan sahabatnya iaitu ‘Umar.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1820, hadis nombor 9173. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عائشة -رضي الله عنها- مرفوعا: ((من تمسك بالسنة دخل الجنة))، قالت عائشة: ما السنة؟ قال: ((حب أبيك وصاحبه)). يعني عمر. [ابن الجوزي في ((العلل))، ابن عساكر، الرافعي، السيوطي في ((الجامع))، الدارقطني في ((الأفراد))، ((الضعيفة)) (2727)]
(Lemah) Daripada ‘Āishah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpegang dengan sunah, akan masuk syurga. ‘Āishah RA bertanya: Apakah itu sunah? Baginda menjawab: Cinta akan ayahmu dan sahabatnya iaitu ‘Umar. [Riwayat Ibn al-Jauzī dalam al-‘Ilal, Ibn ‘Asākir dalam Tārīkh Dimashq, al-Rāfi‘ī dalam Tārīkh Qazwīn, al-Suyūṭī dalam al-Jāmi‘, al-Dāraquṭnī dalam al-Afrād. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2727]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.