Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berpakat dengan seorang Zimmi lalu tunduk kepadanya

Teks Bahasa Arab

من شارك ذمِّيًّا فتواضعَ له؛ إذا كان يومُ القيامةِ ضربَ فيما بينهُما وادٍ من نارٍ، فقيل للمسلِمِ: خُض إلى ذلك الجانبِ حتى تحاسِبَ شريكَكَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berpakat dengan seorang Zimmi lalu tunduk kepadanya, jika datang hari kiamat maka akan diletakkan di antara keduanya lembah dari neraka, lalu dikatakan kepada orang muslim: Redahlah sehingga ke sebelah sana sehingga kamu hisab rakan kongsimu.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Umar RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 809, hadis no. 4170. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عمر –رضي الله عنهما- قال: قال رسول الله –صلى الله عليه وسلم-: ((من شارك ذميا فتواضع له؛ إذا كان يوم القيامة ضرب فيما بينهما واد من نار، فقيل للمسلم: خض إلى ذلك الجانب حتى تحاسب شريكك)). [خط، ابن الجوزي، ((الضعيفة)) (5785)].

(Batil) Daripada Ibn Umar RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berpakat dengan seorang Zimmi lalu tunduk kepadanya, jika datang hari kiamat maka akan diletakkan di antara keduanya lembah dari neraka, lalu dikatakan kepada orang muslim: Redahlah sehingga ke sebelah sana sehingga kamu hisab rakan kongsimu. [Riwayat al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad, Ibn al-Jauzi dalam al-Maudhuat. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 5785]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.