TEKS BAHASA ARAB
من أصبح وهمه غير الله -عز وجل-، فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين، فليس منهم.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berpagian dan keinginan yang dicarinya bukanlah Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis nombor 9860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أصبح وهمه غير الله -عز وجل-، فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين، فليس منهم».
[ابن بشران، ك، «الضعيفة» (311)].
(Palsu)
Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpagian dan keinginan yang dicarinya bukanlah Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.
[Riwayat Ibn Bishran dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 311].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.