Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من أصبح وهمُّهُ غيرُ اللهِ -عزَّ وجلَّ-، فليس منَ اللهِ في شيءٍ، ومن لم يَهْتَمَّ للمسلمينَ، فليس منهم.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berpagian dan keinginan yang dicarinya bukanlah Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka.
Sahabat Perawi
- Ibn Mas‘ud RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis no. 9860. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن مسعود -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أصبح وهمه غير الله -عز وجل-، فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين، فليس منهم». [ابن بشران، ك، «الضعيفة» (311)].
(Palsu) Daripada Ibn Mas‘ud RA secara marfu' (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpagian dan keinginan yang dicarinya bukanlah Allah ‘Azza Wa Jalla, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. [Riwayat Ibn Bishran dan al-Hakim dalam al-Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 311].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman