Sesiapa yang berpagian dan dunia yang dicarinya, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah

TEKS BAHASA ARAB

من أصبح وهمه الدنيا؛ فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم بأمر المسلمين؛ فليس منهم، ومن أعطى الذلة من نفسه طائعا غير مكره؛ فليس منا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpagian dan dunia yang dicarinya, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Sesiapa yang membiarkan kehinaan dirinya secara sukarela dan bukan dipaksa, maka dia bukan daripada kalangan kami.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1973, hadis nombor 9861. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن أبي ذر -رضي الله عنه- مرفوعا: «من أصبح وهمه الدنيا؛ فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم بأمر المسلمين؛ فليس منهم، ومن أعطى الذلة من نفسه طائعا غير مكره؛ فليس منا».
[طس، «الضعيفة» (310)].

(Sangat Lemah)
Daripada Abu Dzar RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berpagian dan dunia yang dicarinya, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak mempedulikan urusan umat Islam, maka dia bukan daripada kalangan mereka. Sesiapa yang membiarkan kehinaan dirinya secara sukarela dan bukan dipaksa, maka dia bukan daripada kalangan kami.
[Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu‘jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 310].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs