Sesiapa yang berpagian dan dunia merupakan keinginannya yang paling besar

TEKS BAHASA ARAB

من أصبح والدنيا أكبر همه، فليس من الله في شيء، ومن لم يتق الله، فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين عامة، فليس منهم.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berpagian dan dunia merupakan keinginannya yang paling besar, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak bertakwa kepada Allah, maka dia juga tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang mengambil berat tentang urusan umat Islam secara umumnya, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1972, hadis nombor 9859. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن حذيفة –رضي الله عنه- مرفوعا: «من أصبح والدنيا أكبر همه، فليس من الله في شيء، ومن لم يتق الله، فليس من الله في شيء، ومن لم يهتم للمسلمين عامة، فليس منهم».
[ك، خط، «الضعيفة» (309)].

(Palsu)
Daripada Huzaifah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): “Sesiapa yang berpagian dan dunia merupakan keinginannya yang paling besar, maka dia tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang tidak bertakwa kepada Allah, maka dia juga tidak akan memperoleh apa-apa daripada Allah. Sesiapa yang mengambil berat tentang urusan umat Islam secara umumnya, maka dia bukanlah daripada kalangan mereka.”
[Riwayat al-Hakim dalam al-Mustadrak dan Khaṭīb al-Baghdadi dalam Tārīkh Baghdād. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 309].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs