Sesiapa yang bermalam dalam keadaan dia tidak makan dan minum kerana dia solat

TEKS BAHASA ARAB

من ‌بات ‌ليلة في خفة من الطعام والشراب يصلي؛ تدالت حوله الحور العين حتى يصبح.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang bermalam dalam keadaan dia tidak makan dan minum kerana dia solat, maka akan berlegar di sisinya al-Ḥūr al-‘Ain sehingga subuh.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 676-677, hadis nombor 3482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: ‌((من ‌بات ‌ليلة في خفة من الطعام والشراب يصلي؛ تدالت حوله الحور العين حتى يصبح)). [طب، ((الضعيفة)) (5063)]

(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA: Sesiapa yang bermalam dalam keadaan dia tidak makan dan minum kerana dia solat, maka akan berlegar di sisinya al-Ḥūr al-‘Ain sehingga subuh.[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5063]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs