Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من بات ليلةً في خِفةٍ من الطعامِ والشرابِ يُصلي؛ تدالتْ حوله الحورُ العينُ حتى يُصبحَ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang bermalam dalam keadaan dia tidak makan dan minum kerana dia solat, maka akan berlegar di sisinya al-Ḥūr al-‘Ain sehingga subuh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 676-677, hadis no. 3482. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: ((من بات ليلة في خفة من الطعام والشراب يصلي؛ تدالت حوله الحور العين حتى يصبح)). [طب، ((الضعيفة)) (5063)]
(Palsu) Daripada Ibn ‘Abbās RA: Sesiapa yang bermalam dalam keadaan dia tidak makan dan minum kerana dia solat, maka akan berlegar di sisinya al-Ḥūr al-‘Ain sehingga subuh.[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5063]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman