Sesiapa yang bermaksiat kepada Allah di perantauan

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من عصى الله في غربته رده الله خائبا. أي: في كربته.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang bermaksiat kepada Allah di perantauan, Allah pasti mengembalikannya dalam kegagalan. Iaitu dalam penderitaan.

STATUS

Tiada asalnya

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 192, hadis nombor 597. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: لا أصل له فيما أعلمه.

Ali Qari berkata: Tiada asalnya sejauh pengetahuan saya terhadapnya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs