Tiada asalnya
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حَدِيث: من عصى الله فِي غربته رده الله خائبا. أَي: فِي كربته.
Teks Bahasa Melayu
Hadis: Sesiapa yang bermaksiat kepada Allah di perantauan, Allah pasti mengembalikannya dalam kegagalan. Iaitu dalam penderitaan.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)
Status
Tiada asalnya
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 192, hadis no. 597. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال علي قاري: لا أصل له فيما أعلمه.
Ali Qari berkata: Tiada asalnya sejauh pengetahuan saya terhadapnya.
Rujukan
Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.
Makluman