Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang bermain catur

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من لعب بالشطرنج فَهُوَ مَلْعُون.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang bermain catur, maka dia dilaknat.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 200, hadis no. 622. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال النووي: لا يصح، بل هو كذب موضوع، لم يثبت في هذا الباب شيء. وقال ابن قيم الجوزية: ومن ذلك أحاديث لعب الشطرنج: إباحة وتحريما، لكن في الجامع الصغير عن حبة بن مسلم مرسلا.

Al-Nawawi berkata: Tidak sahih, bahkan dusta lagi palsu. Tiada satu pun hadis thabit dalam bab ini. Ibn Qayyim al-Jawziyyah berkata: Termasuk dalam hadis palsu adalah hadis-hadis tentang bermain catur sama ada yang mengharuskan ataupun mengharamkannya. Akan tetapi dalam al-Jami al-Saghir daripada Habbah bin Muslim diriwayatkan secara mursal.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.