TEKS BAHASA ARAB
من تبرأ من ولده أتى يوم القيامة معقودا بين طرفيه.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berlepas diri dari anaknya, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat antara dua sisinya.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 781, hadis nombor 4006. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن ابن شهاب مرفوعا: من تبرأ من ولده أتى يوم القيامة معقودا بين طرفيه. [ابن الوهاب، ((الضعيفة)) (1940)]
(Lemah) Daripada Ibn Syihab secara marfu’: “Sesiapa yang berlepas diri dari anaknya, dia akan datang pada hari kiamat dalam keadaan diikat antara dua sisinya.” [Riwayat Ibn al-Wahab dalam al-Jami’. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 1940]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.