Sesiapa yang berlemah lembut dengan seorang mukmin

TEKS BAHASA ARAB

من ألطف مؤمناً، أو خف له في شيء من حوائجه -صغر ذلك أو كبر-؛ كان حقاً على الله أن يخدمه من خدم الجنة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berlemah lembut dengan seorang mukmin, atau meringankan keperluannya – sama ada kecil atau besar – maka menjadi hak ke atas Allah untuk memberikannya bantuan daripada bantuan-bantuan syurga.

STATUS

Sangat lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 87, hadis nombor 436. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جداً)
عن أنس -رضي الله عنه- مرفوعاً: من ألطف مؤمناً، أو خف له في شيء من حوائجه -صغر ذلك أو كبر-؛ كان حقاً على الله أن يخدمه من خدم الجنة.
[عد، البزار، ابن الضريس في ((الثالث من حديثه))، ((الضعيفة)) (4562)]

(Sangat Lemah)
Daripada Anas RA secara marfū’ (disandarkan oleh Nabi SAW): Sesiapa yang berlemah lembut dengan seorang mukmin, atau meringankan keperluannya – sama ada kecil atau besar – maka menjadi hak ke atas Allah untuk memberikannya bantuan daripada bantuan-bantuan syurga.
[Riwayat Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Bazzār dalam Musnadnya dan Ibn al-Ḍarīs dalam al-Tsālits Min Ḥadīthih. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4562]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs