TEKS BAHASA ARAB
من جاع واحتاج فكتمه الناس حتى يفضى به إلى الله -عز وجل-، فتح له رزق سنة من حلال.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berlapar dan berkeperluan, lalu dia menyembunyikannya daripada orang ramai supaya dia berserah dengannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla, pasti Dia bukakan untuknya rezeki dari (sumber) yang halal.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis nombor 9948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من جاع واحتاج فكتمه الناس حتى يفضى به إلى الله -عز وجل-، فتح له رزق سنة من حلال)).
[تمام، ((الضعيفة)) (1927)]
(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berlapar dan berkeperluan, lalu dia menyembunyikannya daripada orang ramai supaya dia berserah dengannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla, pasti Dia bukakan untuknya rezeki dari (sumber) yang halal.
[Riwayat Tammām dalam al-Fawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1927]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.