Munkar

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berlapar dan berkeperluan, lalu dia menyembunyikannya daripada orang ramai

Teks Bahasa Arab

مَن جاعَ واحتاجَ فَكَتمَهُ النَّاسُ حتَّى يُفضى بهِ إلى اللَّهِ -عزَّ وجلَّ-، فتحَ اللَّهُ لهُ رزقَ سنةٍ مِن حلالٍ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang berlapar dan berkeperluan, lalu dia menyembunyikannya daripada orang ramai supaya dia berserah dengannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla, pasti Dia bukakan untuknya rezeki dari (sumber) yang halal.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1987, hadis no. 9948. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن أبي هريرة -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من جاع واحتاج فكتمه الناس حتى يفضى به إلى الله -عز وجل-، فتح له رزق سنة من حلال)). [تمام، ((الضعيفة)) (1927)]

(Munkar) Daripada Abū Hurairah RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berlapar dan berkeperluan, lalu dia menyembunyikannya daripada orang ramai supaya dia berserah dengannya kepada Allah ‘Azza wa Jalla, pasti Dia bukakan untuknya rezeki dari (sumber) yang halal. [Riwayat Tammām dalam al-Fawāid. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 1927]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.