Sesiapa yang berkhidmat kepada orang Islam di dunia maka bangunlah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: إذا كان يوم القيامة نادى مناد على رءوس الأولين والآخرين: من كان خادما للمسلمين في دار الدنيا فليقم وليمص على الصراط المستقيم آمنا غير خائف.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Ketika hari kiamat berlaku, seorang penyeru menyeru kepada manusia yang paling awal hingga akhirnya: Sesiapa yang berkhidmat kepada orang Islam di dunia maka bangunlah dan titilah sirat al-mustaqim dengan selamat tanpa rasa takut.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 71, hadis nombor 23. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه أبو نعيم بإسناد فيه الفرياناني وضاع.

Abu Nu‘aim meriwayatkan dengan sanadnya terdapat perawi bernama al-Firyanani yang merupakan pereka hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs