TEKS BAHASA ARAB
من رابط ليلة حارساً من وراء المسلمين؛ كان له أجر من خلفه ممن صام وصلى.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berkawal pada suatu malam sebagai penjaga di belakang orang-orang Islam; baginya ganjaran sesiapa yang berada di belakangnya yang bersolat dan berpuasa.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis nombor 5168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك – رضي الله عنه – سئل رسول الله -ﷺ- عن أجر الرباط؟ فقال «من رابط ليلة حارسا من وراء المسلمين؛ كان له أجر من خلفه ممن صام وصلى». [طس، ابن حبان في ((الضعفاء))، أبو الفرج المقرئ في ((الأربعين في فضل الجهاد))، ابن الجوزي في ((العلل))، ((الضعيفة)) (4134)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW ditanya berkenaan ganjaran berkawal? Baginda SAW menjawab: Sesiapa yang berkawal pada suatu malam sebagai penjaga di belakang orang-orang Islam; baginya ganjaran sesiapa yang berada di belakangnya yang bersolat dan berpuasa.
[Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa', Abu al-Farj al-Muqri' dalam al-Arbain fi Fadhl al-Jihad, dan Ibn al-Jauzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Dhai’fah, no. 4134].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.