Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من رابط ليلة حارساً من وراء المسلمين؛ كان له أجر من خلفه ممن صام وصلى.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berkawal pada suatu malam sebagai penjaga di belakang orang-orang Islam; baginya ganjaran sesiapa yang berada di belakangnya yang bersolat dan berpuasa.
Sahabat Perawi
- Anas bin Malik RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1003, hadis no. 5168. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أنس بن مالك - رضي الله عنه – سئل رسول الله -ﷺ- عن أجر الرباط؟ فقال «من رابط ليلة حارسا من وراء المسلمين؛ كان له أجر من خلفه ممن صام وصلى». [طس، ابن حبان في الضعفاء، أبو الفرج المقرئ في الأربعين في فضل الجهاد، ابن الجوزي في العلل، الضعيفة (4134)].
(Palsu) Daripada Anas bin Malik RA, Rasulullah SAW ditanya berkenaan ganjaran berkawal? Baginda SAW menjawab: Sesiapa yang berkawal pada suatu malam sebagai penjaga di belakang orang-orang Islam; baginya ganjaran sesiapa yang berada di belakangnya yang bersolat dan berpuasa. [Riwayat al-Tabrani dalam al-Mu'jam al-Awsat, Ibn Hibban dalam al-Dhu'afa', Abu al-Farj al-Muqri' dalam al-Arbain fi Fadhl al-Jihad, dan Ibn al-Jauzi dalam al-'Ilal. Lihat Silsilah al-Dhai’fah, no. 4134].
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman