Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال في الإسلامِ شِعرًا مُقْذِعًا ؛ فلسانُه هدرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berkata tentang Islam dengan syair yang mengeji maka lidahnya akan binasa.
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 817 - 818, hadis no. 4210. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة –رضي الله عنه- قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من قال في الإسلام شعرا مقذعا؛ فلسانه هدر)). [البزار، ((الضعيفة)) (6307)]
(Lemah) Daripada Buraidah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berkata tentang Islam dengan syair yang mengeji maka lidahnya akan binasa. [Riwayat al-Bazzar dalam al-Musnad. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 6307]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman