Sesiapa yang berkata sesuatu berkenaan agama kami semata-mata dengan pandangan akalnya maka bunuhlah dia

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من قال في ديننا برأيه فاقتلوه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang berkata sesuatu berkenaan agama kami semata-mata dengan pandangan akalnya maka bunuhlah dia.

STATUS

[Palsu]

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh al-Fattanī (m.986 H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Taẓkirah Al-Mawḍū’āt, di halaman 16. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

«مَنْ قَالَ فِي دِينِنَا بِرَأْيِهِ فَاقْتُلُوهُ» تفرد بِهِ مِنْهُم: الْوَجِيز وَضعه إِسْحَاق الْمَلْطِي.

Maksudnya: “ Sesiapa yang berkata sesuatu berkenaan agama kami semata-mata dengan pandangan akalnya maka bunuhlah dia.” .
Di antara perawi hadith ini bersendirian dalam meriwayatkannya. Di dalam kitab Al-Wajiz menyebut bahawa Ishak Al-Malti yang mereka-reka hadith ini.

RUJUKAN

Muḥammad Ṭāhir bin ‘Alī Al-Fattanī. (1343). Taẓkirah Al-Mawḍū’āt. Idārah Al-Ṭibā‘ah Al-Munīrah.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.