TEKS BAHASA ARAB
من قال: قبح الله الدنيا؛ قالت الدنيا: قبح الله أعصانا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berkata: Semoga Allah memburukkan dunia, dunia akan berkata: Semoga Allah memburukkan sesiapa yang bermaksiat di atas kami.
STATUS
Munkar
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis nombor 10351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر)
عن عبد المطلب بن حنطب أن رسول الله ﷺ قال: مَنْ، قال: قبح اللهُ الدُّنيا؛ قالتِ الدنيا: قبحَ اللهُ أعصانا.
[ش، ((الضعيفة)) (6034)]
(Munkar)
Daripada ‘Abdul Mutalib bin Hantab bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berkata: Semoga Allah memburukkan dunia, dunia akan berkata: Semoga Allah memburukkan sesiapa yang bermaksiat di atas kami.
[Riwayat Ibn Abu Syaibah dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6034]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.