Munkar
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قالَ: قبَّحَ اللَّهُ الدُّنيا؛ قالَتِ الدُّنيا: قبَّحَ اللَّهُ أَعصانا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berkata: Semoga Allah memburukkan dunia, dunia akan berkata: Semoga Allah memburukkan sesiapa yang bermaksiat di atas kami.
Sahabat Perawi
- ‘Abdul Mutalib bin Hantab
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Munkar
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2060, hadis no. 10351. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(منكر) عن عبد المطلب بن حنطب أن رسول الله ﷺ قال: مَنْ، قال: قبح اللهُ الدُّنيا؛ قالتِ الدنيا: قبحَ اللهُ أعصانا. [ش، ((الضعيفة)) (6034)]
(Munkar) Daripada ‘Abdul Mutalib bin Hantab bahawa Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang berkata: Semoga Allah memburukkan dunia, dunia akan berkata: Semoga Allah memburukkan sesiapa yang bermaksiat di atas kami. [Riwayat Ibn Abu Syaibah dalam Musannaf beliau. Lihat Silsilah al-Dha‘ifah, no. 6034]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman