Classification icon

Batil

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berkata kepada orang miskin dengan sesuatu yang mengembirakan maka wajib baginya syurga

Teks Bahasa Arab

حديث: من قال للمسكين أبشر فقد وجبت له الجنة.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang berkata kepada orang miskin dengan sesuatu yang mengembirakan maka wajib baginya syurga.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Batil

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 64, hadis no. 12. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رواه ابن عدي عن أبي هريرة مرفوعا وقال: باطل عبد الملك بن هارون ابن عنترة كذاب.

Ibn Adi meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi), dan berkata: Hadith ini batil, Abdul Malik bin Harun Ibn ‘Antarah adalah pendusta.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.