Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang berkata-kata berkenaan agama kami

Teks Bahasa Arab

حَدِيث: من قَالَ فِي ديننَا بِرَأْيهِ فَاقْتُلُوهُ.

Teks Bahasa Melayu

Hadis: Sesiapa yang berkata-kata berkenaan agama kami dengan akalnya maka bunuhlah dia.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 193, hadis no. 603. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال علي قاري: وضعه إسحاق الملطي، كما في الوجيز.

Ali Qari berkata: Ishaq al-Malthi telah mereka-rekanya, sebagaimana dalam al-Wajiz.

Rujukan

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.