Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
من قال في الإسلامِ شِعرًا مُقْذِعًا فلسانُه هدرٌ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang berkata berkenaan Islam dengan syair yang keji, maka lidahnya itu tiada perlindungan (di sisi undang-undang).
Sahabat Perawi
- Buraidah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 134, hadis no. 674. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن بريدة رضي الله عنه قال: قال رسول اللہ ﷺ من قال في الإسلام شعراً مقذعاً فلسانه هدر. [البزار، الضعيفة (6307)].
(Daif) Daripada Buraidah RA secara marfū‘: Sesiapa yang berkata berkenaan Islam dengan syair yang keji, maka lidahnya itu tiada perlindungan (di sisi undang-undang). [Riwayat al-Bazzār dalam Musnadnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (6307)]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman