TEKS BAHASA ARAB
من تزوج قبل أن يحج فقد بدأ بالمعصية.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang berkahwin sebelum menunaikan haji, dia telah bermula dengan maksiat.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 727, hadis nombor 3707. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من تزوج قبل أن يحج فقد بدأ بالمعصية)) [ابن خلاد في ((الفوائد))، عد، ابن بشران، خط، ابن الجوزي في ((الواهيات))، ((الضعيفة)) (222)]
(Palsu)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang berkahwin sebelum menunaikan haji, dia telah bermula dengan maksiat.
[Riwayat Ibn Khallad dalam al-Fawaid, Ibn Adi dalam al-Kamil fi al-Dhu’afa’, Ibn Busyran dalam al-Amali, al-Khatib al-Baghdadi dalam Tarikh Baghdad dan Ibn al-Jauzi dalam al-Wahiat. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 222]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.